KUALA LUMPUR: Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas beliau didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Rewcastle-Brown merayu supaya mahkamah menyemak semula keputusan hukuman penjara dua tahun yang dikenakan terhadapnya mengikut Seksyen 323 hingga 327 Kanun Tatacara Jenayah atau Seksyen 31 dan 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Selain itu, Rewcastle-Brown merayu untuk tidak hadir semasa pendengaran rayuan tersebut.
Peguam Guok Ngek Seong mewakili Rewcastle-Brown ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Semalam, Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Rewcastle-Brown setelah didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah selepas berpuas hati satu kes prima facie berjaya dibuktikan oleh pasukan pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom telah menulis sebuah buku bertajuk, The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose yang mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.
Tohmahan seperti yang digariskan iaitu the wife of the Sultan terhadap Sultanah Terengganu pada muka surat tiga, perenggan keempat dan baris ketujuh itu adalah suatu fitnah yang diketahui Rewcastle-Brown akan merosakkan nama Sultanah Nur Zahirah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 8 pagi, 14 Sept 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama, di sini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Clare Rewcastle-Brown hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas beliau didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown fail rayuan keputusan penjara dua tahun
Menerusi notis rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Rewcastle-Brown merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.